Friday 20 January 2012

"Ultrabook", "facebook" ubah dunia

DUNIA teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sekali lagi dijangka berdepan cabaran pada tahun baru yang akan memacu pertumbuhan global, bagaimanapun pasaran baru muncul bakal mewarnai industri bagi tempoh 12 bulan akan datang ini.

menerusi researgh yang dibuat la. aku pon xbrapa pasti, tapi boleh dijamin la research aku ni.aku jangkakan beberapa pertumbuhan positif dalam industri yang sentiasa merubah dunia termasuklah :

MSU rai graduan sulung MBBS


MAJLIS Konvokesyen ke-10 Management & Science Universitu (MSU) di kampus Shah Alam, Selangor, baru-baru ini melakar kenangan manis apabila disempurnakan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah selaku Canselor.
Lebih bermakna apabila tujuh pasangan graduan suami isteri dari program Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) menerima skrol, membuktikan kemampuan MSU melahirkan graduan sulung daripada program itu yang ditawarkan
di International Medical School (IMS), Bangalore, India.


Presiden MSU, Profesor Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid, berkata kejayaan itu mengukuhkan nama MSU
di persada dunia pendidikan negara selain membantu melaksanakan usaha pelbagai pihak melahirkan golongan kerjaya profesional, bertauliah dan berkepakaran.
Beliau berkata, kejayaan itu menjadikan MSU semakin optimis terutama selepas IMS turut menjadi sekolah perubatan pertama menerima akreditasi lima tahun daripada Malaysian Medical Council (MMC).

“Dengan pengiktirafan itu, MSU semakin yakin melahirkan graduan yang mampu memenuhi pasaran kerjaya malah mempunyai ciri kepemimpinan dan nilai kredibiliti diri.

“Ia juga satu lonjakan kepada MSU untuk meneroka dunia global dengan pemantapan program pengajiannya sekali gus membantu negara melahirkan barisan generasi ilmu di masa depan,” katanya.

Seramai 674 graduan diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana menerima skrol masing-masing dalam 37 bidang pengajian termasuk 118 graduan sulung bagi enam bidang pengajian iaitu Bachelor in Medicine and Bachelor in Surgery (MBBS), Diploma in Nursing, Diploma in Event Management, Diploma in Graphic Design dan Diploma in Retail Management.

Daripada jumlah itu, 25 graduan cemerlang menerima anugerah khas.

Anugerah Pingat Emas Canselor dianugerahkan kepada Muhammad Fairuz Shah Abd Karim dari program MBBS.

Anugerah Presiden pula kepada graduan Bachelor in International Bussines, Muhamad Azrul Azman dan Nurhandayani Tugiran dari Bachelor in Medical Sciences.

Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia diumumkan 26 Jan

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 akan diumumkan pada 26 Jan ini.Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan mereka dari sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.
Seramai 8,499 calon menduduki STAM pada tahun lepas di 108 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Mereka adalah 3,782 calon dari Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 2,569 calon Sekolah Menengah Agama Negeri dan 649 calon Sekolah Agama Rakyat.

Kenyataan itu turut menyebut 1,462 calon persendirian dan 37 calon sekolah menengah swasta yang menduduki STAM akan menerima keputusan masing-masing melalui pos atau mereka juga boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan keputusan masing-masing.
Mulai tahun ini, Kementerian Pelajaran memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan STAM melalui mySMS 15888 dengan menaip STAM [angka giliran] dan hantar ke 15888.
Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan mulai 10 pagi, 26 Jan ini dan ditamatkan pada 12 tengah malam, 1 Feb. -- BERNAMA

Bahaya! Hati-hati Dengan Aplikasi ‘Remove Timeline’ di facebook

SINDIKET penipuan sedang berleluasa di Internet dimana mereka meyakinkan pengguna Facebook Timeline bahawa mereka boleh kembali kepada rupa facebook yang asal dan menyebabkan data pengguna terdedah dan boleh diakses dengan mudah.

Penipu menggunakan aplikasi di Facebook untuk menawarkan pengguna satu kaedah untuk mengembalikan perubahan Timeline Facebook dan kembali ke profil lama. Bentuk penipuan permohonan adalah dengan menggunakan gelaran seperti ”Nyahaktifkan Timeline FB” dan boleh didapati dengan mudah melalui fungsi carian Facebook. Dengan menyukai permohonan dan berinteraksi dengan arahan pada halaman ini, pengguna secara tidak sengaja memberikan peluangkepada penipu untuk mengakses profil Facebook dan membenarkan penipu mengepos mesej spam dengan pautan secara automatik yang akhirnya memberipulangan wang kepada kumpulan sindiket penipuan ini selepas seseorangmengklik pautan.


 
Sesetengah aplikasi penipuan yang telah wujud sekurang-kurangnya telah mengumpul lebih 70,000 likes dari pengguna Facebook yang tidak curiga dalam dua minggu. Banyak permohonan akan menggalakkan peminat yang “like” untuk menjemput rakan-rakan mereka juga. Laman Keselamatan Facebook utama tidak memberi amaran kepada pengguna tentang penipuan ini kerana pihak pengurusan Facebook belum mengeluarkan kenyataan rasmi untuk memberitahu pengguna bahawa Timeline tidak boleh dinyahaktifkan apabila ciri tersebut telah diaktifkan pada profil pengguna. Facebook Timeline telah mula mendapat sambutan oleh pengguna sejak 15 Disember lalu, tetapi tidak semua pengguna Facebook telah mengaktifkan ciri tersebut. Facebook telah memperkenalkan kemas kini untuk pengguna iPhone yang merangkumi ciri Timeline baru pada profil.
Reaksi orang ramai kepada Timeline Facebook agak negatif sejak ciri baru itu diperkenalkan pada akhir bulan September 2011. Di samping itu, pelancaran Facebook Timeline telah berterusan ditangguhkan oleh pegawai-pegawai syarikat dalam tempoh tiga bulan terakhir 2011. Walau bagaimanapun, pengguna yang telah beralih kepada Facebook Timeline mengambil kesempatan daripada ciri baru seperti gambar muka, memperincikan peristiwa-peristiwa hidup sebelumnya dan meningkatkan keselamatan pada paparan-paparan terdahulu.

"Izwan Pilus meninggal Dunia"

Abang kepada Aril AF, Izwan Pilus diberitakan telah meninggal dunia pada pukul 6:15 petang tadi. Sebab kematian tidak dapat media94 pastikan. Namun ada yang mengatakan kerana jangkitan kuman.
Berita ini telah ditulis sendiri oleh Aril di twitternya selepas beberapa ketika Izwan menghembuskan nafas terakhir.

Thursday 19 January 2012

Bacalah wahai umat Islam... | Fakta menarik tentang Islam

Baru - baru ni saya baru buat research mengenai Fakta mengenai Islam ini. Sebenarnya Islam itu cukup indah dan sempurna kerana ini adalah Agama sebenar yang dibawa oleh Rasulullah. Islam itu cukup sempurna untuk seseorang kerana agama ini meliputi semua dalam satu. Cukup lengkap kan Islam ini.

Dipetik dari sumber berkata banyak keistimewaan berkaitan Islam yang perlu kita tahu.

Fakta ini merupakan fakta menarik untuk dikongsi bersama sama untuk menegakkan Islam tercinta. Kita sepatutnya perlu memajukan Islam demi bangsa Islam dunia ini.

Wednesday 18 January 2012

Betul ke "KPLSPM 2012" ditangguh? Jom berbicara...



Terbantut cita-cita ku sekejap apabila mendapat tahu pengambilan guru untuk lepasan SPM 2011 ditangguh. Pastu tahun ni da takde la pengambilan guru KPLSPM 2012. Sedih...

Sebab apa takder ekk? Menurut sumber la,,, haha tahun ni pengambilan untuk GSTT yang memang da lamer menunggu untuk pensiswazahan mereka. kira kita bagi la kat mereka semua ni dulu yea tahun ni.. Kita juz sabar je.. Masuk la matrix or Asasi dlu.. xpon diploma n ijazah n pastu ambil la KPLI or DPLI (aku pon xtau beza dia) haha.. Tapi tu la pasal. tahun ni xde.

"Keputusan SBP Kemasukan ke Tingkatan 4" | 21 Januari 2012

Untuk makluman keputusan permohonan Tingkatan 4 ke Sekolah Berasrama Penuh akan dikeluarkan pada 21hb Januari 2012. Sumber dari kementerian Pelajaran ini berkata, Tahun ini banyak SBP baru dibuka termasuk SBP Batu Pahat Johor yang akan dibuka Jun ini tak silap media94 la.. Sesiapa yang memohon kemasukan ke SBP tingkatan 4 boleh la menyemak keputusan di laman web moe di
http://www.moe.gov.my

Cantik jugak rekaan bentuk bangunan baru SBP BP ini yang akan dibuka Jun 2012

Tuesday 17 January 2012

Universiti terbaik ASIA 2011 | Jauhnya ranking Universiti kita untuk TOP

try korang tengok Ranking untuk Universiti terbaik Asia 2011. Juz ada kat sini Universiti Melaya je yang berada pada tanggka ke-39 dan 50 dunia. Jauhnya University tempatan kita nak mencapai status universiti terbaik dunia dan Asia. Tapi kita akan buktikan suatu hari nanti. apabila kita menguasai DUNIA ini. kita YANG memerintah dunia ini. Bukan lagi Barat.


Rank
School Name
Score
1
100.00
2
99.80
3
99.30
4
97.40
5
97.20
6
96.90
7
96.30
8
96.09
9=
94.30
9=
94.30
11
94.20
12
93.59
13
93.30
14
92.80
15
91.20
16
90.20
17
89.40
18=
86.90
18=
86.90
20
85.80
21=
85.09
21=
85.09
23
82.30
24=
81.90
24=
81.90
26
80.80
27=
79.59
27=
79.59
29
79.20
30
79.09
31
77.80
32
77.59
33
77.50
34
77.09
35
75.80
36
74.90
37
74.70
38
74.30
39
73.70
40
73.50
41
72.80
42
71.90
43
71.40
44
71.09
45
70.70
46
70.30
47
69.90
48
69.30
49
68.70
50
67.80

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom main churpchurp bersama.. Sila Tekan