Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MyKad baru itu mampu menangani permasalahan yang sering dibangkitkan sebelum ini antaranya isu pemalsuan dan ketahanan serta kualitinya.
"MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan.
"Inisiatif ini berhubung kait dengan agenda meningkatkan fungsi ciri-ciri keselamatan dokumen berkaitan pengenalan diri dan imigresen setelah mengambil kira aduan rakyat berhubung tahap kualiti MyKad yang diguna pakai sekarang," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pengeluaran MyKad 1 Hari di Jabatan Pendaftaran Negara di sini hari ini.
Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah; Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datin Jariah Mohd. Said; Pengerusi Jawatankuasa
