Wednesday, 4 January 2012

Tips Untuk lulus UJIAN MOTOSIKAL JPJ

Dalam ujian praktikal kelas B2, calon harus menunggang dengan baik dan yakin. Walaupun ia nampak mudah, calon perlu mendapatkan latihan sepenuhnya sebelum menghadapi ujian. Ini bagi memudahkan calon ketika menghadapi ujian nanti kerana semua latihan yang dijalankan adalah sama dengan ujian tersebut.

Pertama sekali harus diingat, sebelum mula menunggang motorsikal, calon perlu memakaitopi keledar dengan cara yang betul iaitu kemas. Pastikan tidak ada ruang yang longgar ketika mengikat tali topi keledar itu.

Antara halangan yang calon akan hadapi di bahagian 2 ujian jpj ialah membuat pusingan 8. Pastikan anda menunggang di atas pusingan 8 itu dengan menggunakan gear yang kedua. Ianya merupakan gear yang lebih lancar, tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju. Ikut betul-betul pusingan tersebut supaya tidak terbabas. Calon sama sekali tidak dibenarkan untuk menurunkan kaki ke atas jalan raya.
Selepas itu, calon perlu melepasi laluan titi sepanjang 7 atau 8 meter dalam tempoh 7 saat ke atas. Di sini calon mestilah menunggang secara perlahan dan pandai untuk mengimbangkan motor di atas titi tersebut dengan menggunakan gear 2. Cuba buat kiraan“satu ribu satu” hingga “satu ribu tujuh” ketika di atas titi tersebut. Selesai kiraan, calon boleh terus bergerak ke depan untuk menuruni titi tersebut.

Halangan ketiga ialah mengawal motorsikal ketika melalui antara kon-kon yang diletakkan secara “zig-zag”. Di sini ialah halangan yang paling mudah untuk dilakukan oleh calon. Sekali lagi diingatkan, jangan turunkan kaki ke atas jalan raya.

Yang terkakhir sekali dalam bahagian 2 ialah memberhentikan motorsikal secara kecemasan. Dengan had laju yang sederhana, calon dikehendaki berhenti dalam ruang yang diberikan. Calon perlu untuk menekan brake tangan dan brake kaki serentak di sini. Ketika berhenti, hanya kaki kiri sahaja memijak jalan raya. Kaki kanan masih di atas brake.

Selesai ujian bahagian 2, kini calon perlu pula untuk melepasi ujian bahagian 3 iaitu ujian jalan raya. Calon perlu memeriksa topi keledar terlebih dahulu supaya ikatannya kemas. kemudian, periksa satu persatu lampu hadapan dan belakang, lampu brake, lampu signal kiri dan kanan di hadapan dan belakang, side mirror kiri dan kanan serta bunyikan hon sebelum berjalan.
Pastikan calon memberikan isyarat signal dan isyarat tangan sebanyak tiga kali  jika ingin belok ke kiri atau kanan. Ketika berhenti, pastikan tangan kanan diangkat menandakan calon berhenti. Apabila selesai, turun dari motor dan letak motor tersebut dengan “Stand” dua kaki. Menggunakan “stand” satu kaki akan mengakibatkan calon ditolak  markah.

Diharap tips-tips di atas dapat membantu anda dalam menghadapi ujian tersebut. Semoga Berjaya

Tips-tips Ujian Jalan Raya JPJ Untuk Kereta

Menghadapi ujian Jalan Raya (Route), seorang calon elok berpakaian sopan dan bertatatertib. Dibawah adalah Tips-tips yang harusnya kita laksanakan semasa ujian berlangsung.
1) Berhenti di Persimpangan
Berhenti 2 meter belakang garisan. Tarik brek tangan. Bubuh signal ke arah hendak belok. Pasti tiada kereta datang dari sebelah kiri atau kanan sebelum gerak.
2) Memandu di Jalan Raya
Memandu dekat sekolah had laju 30 kmj. Di jalan raya, had laju purata 60 kmj. Pasti dapati kawal stereng dengan baik. Elok jangan “mengular” (tidak stabil). Beri jalan kepada kenderaan dan pengguna lain.
3) Memandu di garisan dua (Double Line)
Jangan potong di garisan kembar. Demikian juga di selekoh.
4) Memandu di Lampu Isyarat
Tuan-tuan hendaklah mematuhi lampu isyarat. Kalau kenderaan belum lepasi garisan kuning, and seharusnya Berhenti. Kalau kenderaan sudah lepasi garisan, maka berjalan secara berjaga-jaga saja.
5) Kawalan Stereng
Kedudukan tangan di stereng elok berposisi pukul 10 dan 2. Juga pasti memegang stereng tangan jangan bersilang. Jangan guna sebelah tangan semasa memandu. Anda diizinkan memegang dengan satu tangan apabila menukar gear.
Memandu dengan selamat semasa dijalan raya. Elakkan kemalangan berlaku semasa ujian. Apabila sampai balik be institut, hentikan kenderaan dan tarik brek tangan. Tanya penguji kalau ia hendak kunci suis ditutup atau tidak. Patuhi arahannya.
Akhir kata, kalau anda beretika lembut kepada pengguna jalan raja lain dan anda memandu dengan penuh keyakinan, anda akan berjaya.
Memakai pakaian kemas sewaktu ujian, sudah pasti anda akan mencapaiKejayaan dalam ujian jalan raya. Sekian, terima kasih.

Monday, 2 January 2012

"Saya Tukar Daulat Tuanku Kepada Allahu Akbar Supaya Pelafaznya Dapat Pahala" - Sultan Kelantan

Sultan Yang PrihatinSEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.


Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SEKOLAH TEKNIK KOLEJ VOKASIONAL 2012


Semakan Tawaran ke Kolej Vokasional, SM Teknik dan SM Vokasional Tahun 2012.Info berkaitan,dimaklumkan bahawa apliksi Semakan Tawaran ke Kolej Vokasional, SM Teknik dan SM Vokasional Tahun 2012 telah dibuka,Bagi pemohon yang ingin membuat semakan,anda boleh layari tajuk pautan(link) di’bawah

semakan sekolah teknik 2012 SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SEKOLAH TEKNIK KOLEJ VOKASIONAL 2012

Saturday, 31 December 2011

Saman Talipinggang bermula esok, 1 JAN 2012

KUALA LUMPUR: Bermula esok, tiada alasan boleh digunakan pemilik kenderaan di negara ini sekiranya didapati gagal menggunakan tali pinggang keledar depan atau belakang.


Ini kerana, tempoh pengecualian tiga tahun akan tamat bermula jam 12 tengah malam ini (1 Januari 2012).
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Hesdey Ahmad berkata, selepas tempoh itu, tindakan menyaman pemilik kenderaan akan diambil pihak berkuasa.

“Kita percaya, ramai pemilik kenderaan akan memberi pelbagai alasan termasuk tidak tahu ia sudah dikuatkuasakan.

Real tidak perlukan pemain baru: Mourinho


MADRID: Pendahlu Liga Sepanyol, Real Madrid tidak berhasrat untuk mencari pemain baru ketika tempoh berbuat demikian dibenarkan, kata jurulatih, Jose Mourinho. 

"Pasaran ialah peluang terbuka kepada sesiapa saja yang memerlukan tapi kami memerlukannya," katanya ketika wawancara akhir tahun dengan stesen televisyen kelab berkenaan.
"Kelab ini dibina dengan kerja keras bagi membolehkan kita beraksi dengan baik bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
"Bagi kami, pasaran sudah ditutup. Saya tidak mahu pemain baru, saya belum minta sesiapa dan saya tidak akan minta sesiapa," katanya. 

Real kini menduduki takhta Liga Sepanyol dengan 40 mata, tiga mata di depan pencabar terdekat, Barcelona. - AFP 

Senarai lagu K-POP sepanjang 2011


Berikut merupakan senarai lagu sepanjang 2011. Ni untuk rujukan peminat k-pop yang nak cari dan download lagu baru.

Seungri (Big Bang) : VVIP
1)VVIP
2)Hwat You Want Me To Do
3)Open Window ft G-Dragon
4)Magic
5)I Know ft IU
6)White Love
7)In My World

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom main churpchurp bersama.. Sila Tekan