Wednesday, 4 January 2012

Tips Untuk lulus UJIAN MOTOSIKAL JPJ

Dalam ujian praktikal kelas B2, calon harus menunggang dengan baik dan yakin. Walaupun ia nampak mudah, calon perlu mendapatkan latihan sepenuhnya sebelum menghadapi ujian. Ini bagi memudahkan calon ketika menghadapi ujian nanti kerana semua latihan yang dijalankan adalah sama dengan ujian tersebut.

Pertama sekali harus diingat, sebelum mula menunggang motorsikal, calon perlu memakaitopi keledar dengan cara yang betul iaitu kemas. Pastikan tidak ada ruang yang longgar ketika mengikat tali topi keledar itu.

Antara halangan yang calon akan hadapi di bahagian 2 ujian jpj ialah membuat pusingan 8. Pastikan anda menunggang di atas pusingan 8 itu dengan menggunakan gear yang kedua. Ianya merupakan gear yang lebih lancar, tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju. Ikut betul-betul pusingan tersebut supaya tidak terbabas. Calon sama sekali tidak dibenarkan untuk menurunkan kaki ke atas jalan raya.
Selepas itu, calon perlu melepasi laluan titi sepanjang 7 atau 8 meter dalam tempoh 7 saat ke atas. Di sini calon mestilah menunggang secara perlahan dan pandai untuk mengimbangkan motor di atas titi tersebut dengan menggunakan gear 2. Cuba buat kiraan“satu ribu satu” hingga “satu ribu tujuh” ketika di atas titi tersebut. Selesai kiraan, calon boleh terus bergerak ke depan untuk menuruni titi tersebut.

Halangan ketiga ialah mengawal motorsikal ketika melalui antara kon-kon yang diletakkan secara “zig-zag”. Di sini ialah halangan yang paling mudah untuk dilakukan oleh calon. Sekali lagi diingatkan, jangan turunkan kaki ke atas jalan raya.

Yang terkakhir sekali dalam bahagian 2 ialah memberhentikan motorsikal secara kecemasan. Dengan had laju yang sederhana, calon dikehendaki berhenti dalam ruang yang diberikan. Calon perlu untuk menekan brake tangan dan brake kaki serentak di sini. Ketika berhenti, hanya kaki kiri sahaja memijak jalan raya. Kaki kanan masih di atas brake.

Selesai ujian bahagian 2, kini calon perlu pula untuk melepasi ujian bahagian 3 iaitu ujian jalan raya. Calon perlu memeriksa topi keledar terlebih dahulu supaya ikatannya kemas. kemudian, periksa satu persatu lampu hadapan dan belakang, lampu brake, lampu signal kiri dan kanan di hadapan dan belakang, side mirror kiri dan kanan serta bunyikan hon sebelum berjalan.
Pastikan calon memberikan isyarat signal dan isyarat tangan sebanyak tiga kali  jika ingin belok ke kiri atau kanan. Ketika berhenti, pastikan tangan kanan diangkat menandakan calon berhenti. Apabila selesai, turun dari motor dan letak motor tersebut dengan “Stand” dua kaki. Menggunakan “stand” satu kaki akan mengakibatkan calon ditolak  markah.

Diharap tips-tips di atas dapat membantu anda dalam menghadapi ujian tersebut. Semoga Berjaya

Tips-tips Ujian Jalan Raya JPJ Untuk Kereta

Menghadapi ujian Jalan Raya (Route), seorang calon elok berpakaian sopan dan bertatatertib. Dibawah adalah Tips-tips yang harusnya kita laksanakan semasa ujian berlangsung.
1) Berhenti di Persimpangan
Berhenti 2 meter belakang garisan. Tarik brek tangan. Bubuh signal ke arah hendak belok. Pasti tiada kereta datang dari sebelah kiri atau kanan sebelum gerak.
2) Memandu di Jalan Raya
Memandu dekat sekolah had laju 30 kmj. Di jalan raya, had laju purata 60 kmj. Pasti dapati kawal stereng dengan baik. Elok jangan “mengular” (tidak stabil). Beri jalan kepada kenderaan dan pengguna lain.
3) Memandu di garisan dua (Double Line)
Jangan potong di garisan kembar. Demikian juga di selekoh.
4) Memandu di Lampu Isyarat
Tuan-tuan hendaklah mematuhi lampu isyarat. Kalau kenderaan belum lepasi garisan kuning, and seharusnya Berhenti. Kalau kenderaan sudah lepasi garisan, maka berjalan secara berjaga-jaga saja.
5) Kawalan Stereng
Kedudukan tangan di stereng elok berposisi pukul 10 dan 2. Juga pasti memegang stereng tangan jangan bersilang. Jangan guna sebelah tangan semasa memandu. Anda diizinkan memegang dengan satu tangan apabila menukar gear.
Memandu dengan selamat semasa dijalan raya. Elakkan kemalangan berlaku semasa ujian. Apabila sampai balik be institut, hentikan kenderaan dan tarik brek tangan. Tanya penguji kalau ia hendak kunci suis ditutup atau tidak. Patuhi arahannya.
Akhir kata, kalau anda beretika lembut kepada pengguna jalan raja lain dan anda memandu dengan penuh keyakinan, anda akan berjaya.
Memakai pakaian kemas sewaktu ujian, sudah pasti anda akan mencapaiKejayaan dalam ujian jalan raya. Sekian, terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom main churpchurp bersama.. Sila Tekan