Thursday 29 December 2011

Nik Aziz Minta Rakyat Kelantan Jangan Tolak Bantuan RM500


BACHOK: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta rakyat Kelantan agar jangan menolak Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 yang diberikan oleh kerajaan persekutuan.
"Apa yang diumumkan oleh (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak)(bantuan) sebanyak RM500 itu, saya minta rakyat terima.

Hasan Ali Minta Maaf Kepada Pemimpin Tertinggi PAS


PETALING JAYA: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali telah meminta maaf kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung kenyataannya terhadap parti sebelum ini dalam satu pertemuan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan itu di JKR 10, Kota Bharu, Kelantan pada Selasa.

Kedahsyatan dosa membunuh


Bicara IKHLAS
ANTARA berita yang biasa kita saksikan di dada akhbar dan kaca televisyen saban hari ialah kes-kes pembunuhan. Ia seolah-olah telah menjadi berita wajib yang menghiasi warta jenayah sumber-sumber berita yang ada. Bagaikan tidak ada penghujungnya, kes-kes pembunuhan dilihat makin menjadi-jadi sehingga ada kes yang tidak mendapat liputan media kerana mungkin tiada 'nilai komersial' lagi.

Ketokohan Sheikh Amir Sayyid Uthman



Imam Besar Masjid Amru Al-Ash, di Kaherah, Mesir, Syeikh Muhammad Sayyid Hasanin Jibril (kiri) atau lebih dikenali dengan nama Sheikh Jibril yang terkenal dengan kemerduan bacaan Al-qurannya dan antara yang pernah menjadi anak murid kepada tokoh Al-Quran yang sangat terkenal iaitu Sheikh Amir bin Sayyid Uthman.


SEORANG tokoh Quran yang masyhur di zamannya dan mempunyai ramai murid yang berkaliber dalam ilmu al-Quran ialah Sheikh Amir bin Sayyid Uthman. Beliau dilahirkan di Mesir pada tahun 1900 Masihi.
Sheikh Amir menghafaz al-Quran semasa kecil dengan seorang guru yang bernama Sheikh Atiyyah Salamah iaitu pada tahun 1911.

Al-Quran bongkar rahsia pembinaan piramid




Pembongkaran misteri piramid adalah hasil daripada mukjizat al-Quran yang telah berbicara sejak ribuan tahun dahulu.


FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Dan berkatalah Firaun: Wahai kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia (Musa) orang-orang pendusta. (al-Qasas: 38).
Daripada penjelasan ayat al-Quran di atas jelaslah bahawa selama ini manusia menjadi hairan dan kagum bagaimanakah bangunan-bangunan yang dibinakan oleh Firaun iaitu piramid dapat berdiri megah dan perkasa di bumi Mesir pada zaman pemerintahannya hingga kini.
Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid itu?
Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu-batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah daripada tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Jenama Boboi ke layar filem



Antara persembahan Boboi yang membuatkan penonton tidak kering gusi.


BELUM pun sempat pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) berakhir, tuah nampaknya sudah menyebelahi kumpulan Boboi yang sudah mula mengorak langkah lebih jauh ke depan.

Sama ada mampu bergelar juara atau sebaliknya, Boboi akan terus abadi di fikiran peminat selepas ini.
Tidak mahu nama Boboi terus dilupakan selepas MLM melabuhkan tirai Jumaat ini, kini dua penggerak utama Boboi, Afdlin Shauki dan juga Harun Salim Bachik, optimis jenama tersebut mampu melangkah lebih jauh.

China bina lapangan terbang tertinggi di dunia


BEIJING 28 Dis. – China bakal membina sebuah lapangan terbang tertinggi di dunia di wilayah Nagqu, Tibet, tahun depan, lapor media hari ini.

Banjir: Pelatih PLKN boleh lapor diri lewat jika terlibat


KUALA LUMPUR 28 Dis. - Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 1 Siri 9/2012 dibenarkan melapor lewat di pusat -pusat berkumpul sekiranya kawasan mereka terlibat dengan banjir.

Jalan utama sekitar Dataran Merdeka tutup Jumaat-Ahad


KUALA LUMPUR 28 Dis. - Beberapa jalan utama di sekitar Dataran Merdeka akan ditutup mulai 9 malam Jumaat ini sehingga 5 pagi Ahad (1 Januari 2012) depan sempena sambutan Tahun Baru 2012.

Pemburuan tiket ke Olimpik London 2012 belum berakhir


KUALA LUMPUR 28 Dis. - Atlet program ”Road To London 2012” masih mempunyai peluang untuk memburu tiket ke temasya Sukan Olimpik 2012 London menerusi beberapa kejohanan kelayakan yang rancak berlangsung ketika ini.

Pengarah Bahagian Atlet, Majlis Sukan Negara (MSN), Ahmad Shapawi Ismail berkata, beberapa kejohanan kelayakan telah dikenal pasti sejak awal lagi bagi memastikan semua atlet di bawah program itu layak ke Sukan Olimpik London, yang bermula pada akhir Julai depan.

Jalan Serian-Sri Aman ditutup akibat tanah runtuh



KUCHING 28 Dis. - Jalan utama menghubungkan Serian dan Sri Aman ditutup kepada semua kenderaan akibat cerun runtuh dan tanah mendap yang berlaku di Kilometer 77, Sebangkoi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom main churpchurp bersama.. Sila Tekan