Sunday, 12 February 2012

ANAK MUDA ISLAM BOLEH RAI HARI KEKASIH TAPI………..

http://media1-cdn.malaysiakini.com/327/fc50fd08b86728006b949a6e78968f51.gif

Anak muda Muslim dan Muslimah boleh meraikan kekasih hati terutama mereka yang telah berada diambang perkahwinan, sama ada sempena Hari Kekasih ataupun pada hari lebaran yang lain, selama mana mereka memelihara adab dan akhlak Islam, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.
nasrudin hassan tantawi pas youth leader interview 160609 03Menulis tulisannya di Harakahdaily dan turut dimuat dalam blognya, beliau berkata antara adab dan akhlak Islam tersebut ialah:
a] Pastikan tidak berdua-duaan, sebaliknya ditemani mahram;
b] Tidak mendedahkan aurat apatah lagi berpakaian seksi; dan
c] Tidak melakukan perbuatan yang dilarang agama
“Mereka mungkin perlu bertemu pada saat-saat tertentu dengan memelihara adab dan akhlak yang telah saya nyatakan tadi, bagi mereka saling mengenali dan menyelami isi hati mereka sebagaimana mereka perlu membincangkan rancangan masa depan dan persiapan mereka menghadapi gerbang perkahwinan,” katanya.
Namun, tegas Nasrudin, anak muda Muslim perlu mengelakkan budaya asing dan syiar agama lain dibawa masuk mewarnai corak dan gaya kehidupan mereka.

Kisah Najwa Latif dipanggil Guru Disiplin Sekolah


Cikgu: selamat berkenalan….
Najwa: kita Berkenalan hanya dalam laman muka buku…. :)
Cikgu: sat gi cikgu hantar kau dekat guru besar baru tau…
Najwa: Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooohh uwouwouwo :P
Cikgu: cikgu sakit hati dah ni ==”
Najwa: hati ku rasa sesuatu :P
Cikgu: sebelom kamu balik, datang jumpa saya kat office..
Najwa: Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Cikgu: atau kamu nak saya hantar kamu dekat guru besar? >:(
Najwa: Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu :)
Cikgu: cikgu rasa kamu ni dah tak betol..
Najwa: Oh oh benarkah rasa itu…
Cikgu: ingat taw.. sebelum balik nanti kamu datang office jumpa saya!!
Najwa: bagaimana harus bersua…ku rasa gementar tapi bahagia
Cikgu: memang kalau dah ade peluang nak rotan je kamu ni…
Najwa: perlukah kita cari peluang pertama..
Cikgu: saya dah agak hang ni bermasalah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom main churpchurp bersama.. Sila Tekan