Wednesday, 1 February 2012
TAZKIRAH :: Bermimpi roh anaknya menyuruh gambarnya di FACEBOOK dibuang
satu kisah yang diceritakan berkaitan dosa facebook,kisah ini mengenai seorang hamba Allah. Beliau merupakan seorang wanita yang aktif berfacebook… dalam facebook nya mempunyai banyak koleksi gambar yg tidak menutup aurat…
selepas beliau meninggal dunia, ibunya sentiasa bermimpi beliau merayu kepada ibunya supaya delete gambar2nya yg tidak menutup auratnya di facebook… malangnya tiada siapa…… yang mengetahui password facebooknya… jadi, kemungkinan besar, rohnya tidak tenang dengan dosa auratnya yang dibiar begitu saja menjadi tatapan umum….
dan ingatlah, azab untuk kita yg sengaja membiarkan aurat kita dilihat oleh lelaki bukan mahram ialah API NERAKA!
*Cerita ini menjadi iktibar dan pengajaran buat kita, supaya usahlah letak gambar di facebook, terutama sekali gambar kita yang tidak menutup aurat dengan sempurna…. kita tak tahu bila kita akan mati… jadi, tolonglah kalau anda sayangkan diri anda, deletelah gambar yang tidak sepatutnya….
Akhir kalam, moga roh beliau dicucuri rahmat Ilahi…ameen…Al-Fatihah
Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda : Bahawasanya, perempuan yang sengaja mendedahkan auratnya di khalayak ramai tanpa segan silu; tak kira sama ada dia anak dara, janda atau isteri orang; tua ataupun muda; dia akan dilaknati oleh Allah S.W.T, malaikat2 dan segala makhluk di muka bumi ini sehinggalah perempuan itu diturunkan bala oleh Allah S.W.T. Jika perempuan itu anak dara atau janda maka bapanya akan dipertanggungjawabkan untuk menanggung dosanya. Manakala bagi perempuan yang sudah berkahwin, maka suaminyalah yang akan dipertanggungjawabkan. Surah Al - Nisa ayat 29.
Subscribe to:
Posts (Atom)