Saturday, 7 January 2012

LIVE!! Piala Sumbangsih : Misi penting Kelantan, Negeri Sembilan

http://hidupbolasepaktv.weebly.com/tv1.html



KUALA LUMPUR, (Arena.my) - Kelantan bakal turun di Stadium Nasional Bukit Jalil menentang Negeri Sembilan Sabtu ini dengan misi untuk mempertahankan Piala Sumbangsih yang dijulang buat pertama kali pada musim lalu.
Jurulatih Kelantan, Peter Butler dilaporkan bersungguh-sungguh mahu skuadnya memusnahkan harapan menggunung Negeri Sembilan dalam masa 90 minit perlawanan dan mesej itu jelas menunjukkan Kelantan bakal melakukan serangan habis-habisan tanpa ada ruang untuk Negeri Sembilan mengatur gerakan ke arah gawang mereka.
Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat pula, turut menegaskan perkara yang sama iaitu harus menang pada perlawanan itu dalam memastikan semangat kental pemain dapat dikekalkan, sekali gus menjuarai beberapa piala lagi.
Bagaimanapun, Butler perlu memikirkan skuad bimbingannya untuk terus kekal cergas dan mengelak kecederaan bagi menghadapi saingan musim baru Liga Super dan menentang pendatang baru Lions XII 10 Januari ini.
Kehadiran pemain import pula tentunya akan membawa perubahan daripada segi struktur dan strategi pasukan, tetapi keserasian dalam pasukan menjadi aset paling penting untuk mereka beraksi baik.
Menyentuh tentang barisan Negeri Sembilan yang kini tidak mempunyai khidmat Aidil Zafuan, Zaquan Adha dan Hairudin Omar, Kelantan perlu berwaspada kerana lawannya tetap digeruni.
Walaupun Negeri Sembilan gagal menyenaraikan pemain dari Brazil, Marquen Nuquen Gocalves kerana tidak menepati syarat-syarat asas FAM, namun skuad itu dikatakan tetap berbisa lebih-lebih lagi baru sahaja memenangi Piala Malaysia.
Musim 2011 menyaksikan Kelantan melakar sejarah dalam arena bola sepak tempatan apabila muncul juara Piala Sumbangsih buat kali pertama selepas menundukkan juara 2009 dan 2010, Selangor dalam aksi pembukaan Liga Malaysia.
Lantas, misi kali ini lebih penting selepas pasukan yang diberi jolokan nama The Red Warriors itu diangkat sebagai pasukan pilihan.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan Piala Sumbangsih antara Kelantan dan Negeri Sembilan Sabtu ini bermula pada jam 8 malam hanya di Astro Arena saluran 801.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

Jom main churpchurp bersama.. Sila Tekan