Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
dijangka menyediakan perkhidmatan komuter lebih baik dan selesa bagi pengguna
di Lembah Klang apabila empat daripada 38 set tren enam gerabak (SCS) mula
beroperasi Februari depan.
Presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan ia
sekaligus dapat mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi oleh perkhidmatan
sedia ada yang menggunakan set tren tiga gerabak (EMU) seperti kelewatan,
kekurangan gerabak dan sistem tergendala yang menjejaskan keberkesanan perkhidmatannya.