KUALA LUMPUR 23 Dis. - Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bukan sahaja kekal cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tetapi juga mencatatkan keputusan yang lebih baik berbanding pencapaian tahun lepas.
Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Ibrahim Ahmad berkata, prestasi itu berdasarkan
Gred Purata Maktab (GPM) yang dicapai iaitu daripada 1.0922 kepada 1.0615.
Gred Purata Maktab (GPM) yang dicapai iaitu daripada 1.0922 kepada 1.0615.
MRSM Gemencheh merupakan MRSM yang terbaik dengan mencatat GPM 1.0204 diikuti MRSM Pasir Tumboh (GPM 1.0210) dan MRSM Kuala Kubu Bharu (GPM 1.0238).
Seterusnya, MRSM Pekan (GPM 1.0248), MRSM Pasir Salak (GPM 1.0313), MRSM Lenggong (GPM 1.0341), MRSM Terendak (GPM 1.0380), MRSM Gerik (GPM 1.0385), MRSM Serting (GPM 1.0408) dan MRSM Kuala Klawang (GPM 1.0428).
Menurut Ibrahim, kecemerlangan MRSM adalah berpaksikan kepada perbezaan kurikulum yang ditawarkan melalui program Ulul Albab iaitu hasil daripada cetusan idea Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh.
Usaha itu katanya, bertujuan bagi melahirkan modal insan yang bersifat saintifik, berdikari, kreatif, amanah dan patriotik," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Seramai 5,326 pelajar tingkatan tiga dari 39 buah MRSM di seluruh negara telah menduduki peperiksaan tersebut.
No comments:
Post a Comment