Thursday, 29 December 2011

Jalan Serian-Sri Aman ditutup akibat tanah runtuh



KUCHING 28 Dis. - Jalan utama menghubungkan Serian dan Sri Aman ditutup kepada semua kenderaan akibat cerun runtuh dan tanah mendap yang berlaku di Kilometer 77, Sebangkoi.


Menurut jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) negeri, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 9.35 malam ini dan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Katanya, buat masa ini tiada jalan alternatif yang boleh menghubungkan kedua-dua kawasan, jadi kerja-kerja membina laluan sementara akan dilakukan secepat mungkin bagi membolehkan orang ramai menggunakannya semula. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom main churpchurp bersama.. Sila Tekan