Thursday 29 December 2011

Banjir: Pelatih PLKN boleh lapor diri lewat jika terlibat


KUALA LUMPUR 28 Dis. - Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 1 Siri 9/2012 dibenarkan melapor lewat di pusat -pusat berkumpul sekiranya kawasan mereka terlibat dengan banjir.


Menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), pelatih berkenaan boleh berbuat demikian dengan mendapatkan surat pengesahan daripada Pusat Pemindahan Banjir atau mana-mana bilik gerakan banjir.

Pelatih yang terlibat dengan bencana banjir juga dibenarkan untuk menukar kumpulan kepada kumpulan 2 atau kumpulan 3 bagi tahun ini, kata JLKN dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pelatih PLKN Kumpulan 1 Siri 9/2012 perlu melapor diri di pusat-pusat berkumpul mulai 1 hingga 3 Januari depan.
Untuk maklumat lanjut, pelatih boleh menghubungi Call Center Jabatan Latihan Khidmat Negara di talian 03-40274747. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom main churpchurp bersama.. Sila Tekan