Thursday 29 December 2011

Pemburuan tiket ke Olimpik London 2012 belum berakhir


KUALA LUMPUR 28 Dis. - Atlet program ”Road To London 2012” masih mempunyai peluang untuk memburu tiket ke temasya Sukan Olimpik 2012 London menerusi beberapa kejohanan kelayakan yang rancak berlangsung ketika ini.

Pengarah Bahagian Atlet, Majlis Sukan Negara (MSN), Ahmad Shapawi Ismail berkata, beberapa kejohanan kelayakan telah dikenal pasti sejak awal lagi bagi memastikan semua atlet di bawah program itu layak ke Sukan Olimpik London, yang bermula pada akhir Julai depan.


"Walaupun tarikh Olimpik London semakin dekat iaitu kira-kira 212 hari lagi, ini tidak bermakna atlet kita berdepan dengan masalah kesuntukan masa kerana semua program telah diatur secara tersunsun oleh pihak MSN,” katanya.

Sehingga kini, seramai tujuh atlet negara telah mendapat tiket kelayakan itu dengan empat daripadanya adalah pemanah negara iaitu Cheng Chu Sian, Khairul Anuwar Mohamad, Haziq Kamaruddin dan Nurul Syafiqah Hashim.

Bakinya adalah penerjun negara iaitu Bryan Nikson Lomas, Pandelela Rinong dan Yeoh Ken Nee yang turut mendapat tiket awal ke London. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom main churpchurp bersama.. Sila Tekan