Monday, 26 December 2011

Kenyataan Hans Isaac, Neelofa Terkejut Dan Masih Anggap Sebagai Kawan







Soalan berkaitan hubungan bersama Neelofa di’lontarkan wartawan ketika pra tonton Misteri Jalan Lama tempoh hari dan jawapan Hans Isaac menjadi topik perbualan. Wartawan kami hari ini sempat bertemu Neelofa di Cyberjaya untuk mendapatkan kenyataan balas dan gadis ini nampak terkejut apabila di’ajukan kenyataan dari Hans Isaac. “Kalau dia (Hans Isaac) berkata mengenal hati budi sebagai kawan, ya saya akui kenyataan itu dan saya tidak pernah menganggap hubungan professional kami lebih dari sekadar kawan,” ujar Neelofa. Turut menjawab isu gossip mempunyai hubungan dengan seorang VIP, Neelofa lantas menjawab,”Saya macam orang lain yang jalankan perniagaan, mesti ada bertemu VIP untuk urusan perniagaan — tidak lebih dari itu.”

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom main churpchurp bersama.. Sila Tekan