Friday 16 December 2011

NADA CINTA (ost)









Sinopsis Nada Cinta Di Astro Ria

Faris adalah anak orang kaya yang bercinta dengan Rina, seorang guru muzik dari keluarga biasa. Hubungan ini dihalang oleh Tirta, bapanya. Faris dipisahkan daripada Rina dan dipaksa berkahwin dengan Nia. Sementara itu, Rina mendapat tahu bahawa dia mengandung dan melahirkan bayi perempuan. Tapi malangnya bayi perempuan tersebut diculik oleh adik Nia dan dibuang di pusat jagaan kanak-kanak.

17 tahun kemudian... Nada, bayi perempuan yang dulu dibuang oleh adik Nia, kini membesar menjadi remaja yang cantik dan sangat mencintai muzik. Nada berhasrat untuk bertemu dengan ibubapa kandungnya yang entah di mana. Nada bertekad untuk melarikan diri ke Jakarta.

Ketika tiba di Jakarta, Nada nyaris dilanggar kereta tetapi berjaya diselamatkan oleh Rina. Sayangnya mereka tidak saling mengenali. Kini, Nada bergabung dengan penyanyi jalanan dan membangunkan warung di depan sekolah mewah, di mana ibunya iaitu Rina mengajar muzik.

Nada kembali bertemu dengan Rina. Minat yang sama terhadap muzik membuatkan mereka semakin rapat. Sementara itu, Ricky, pelajar kegemaran di sekolah mewah tersebut, terpesona dengan bakat nyanyian Nada. Ia membuatkan Rasty, kekasih Ricky, cemburu dan ingin menghancurkan kehidupan Nada. Rasty selalu berusaha untuk menyingkirkan Nada dari hidup Ricky.

Kemudian diketahui bahawa Rasty sebenarnya adalah anak kepada Faris dan Nia. Adakah Rasty dan Nada yang merupakan adik beradik tiri akan berebut untuk mendapatkan cinta Ricky seperti kedua ibubapa mereka dulu?. Saksikan sinetron Nada Cinta di Astro Ria, mulai 27 September 2011, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6.30 petang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom main churpchurp bersama.. Sila Tekan