Tuesday 10 January 2012

CARA PENGIRAAN GRED MERIT SPM Mulai 2010

Pengredan baru ini akan diambil kira untuk pelajar Lepasan SPM/SETARAF mulai sesi akademi 2010/2011

1. KAEDAH PENGIRAAN MARKAH MERIT

a. Dasar pengiraan merit adalah berdasarkan komponen Markah Akademik
(90%) dan Markah Kokurikulum (10%).

b. Markah Akademik (90%) : Berdasarkan lapan (8) mata pelajaran sahaja,
iaitu lima (5) mata pelajaran utama dan tiga (3) mata pelajaran terbaik.

c. Markah Kokurikulum (10%) : Berdasarkan pemarkahan yang diselaraskan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan penglibatan aktiviti
dalam empat (4) komponen iaitu Sukan & Permainan, Kelab & Persatuan,
Pasukan Beruniform dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang
diselaraskan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia.



2. DASAR PENENTUAN ALIRAN

a. Permohonan dibahagikan kepada dua (2) aliran iaitu :
· Aliran Sains
· Aliran Sastera

b. Kaedah penentuan aliran bagi semua calon iaitu dengan mengguna pakai
4 daripada 5 mata pelajaran utama seperti berikut :


ALIRAN SAINS
Matematik
Matematik Tambahan
Fizik
Kimia
Biologi atau mata pelajaran berikut :
Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan
Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan
Kejuruteraan /
Ekonomi Rumah Tangga / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi
Asas / Sains Pertanian / Pengajian Agro Teknologi / Pengetahuan Sains Sukan

ALIRAN SASTERA
Bahasa Malaysia
Matematik
SainsSejarah
Pengajian Islam atau mata pelajaran berikut :
Pendidikan Al-Quran dan As-Sunah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral





3. 
CARA KEADAH PENGIRAAN MERIT


a. CARA PENYEDIAAN PENGIRAAN MERIT ( ALIRAN SAINS)

i. 90 markah daripada 5 mata pelajaran UTAMA berikut:-
a. Matematik
b. Matematik Tambahan
c. Fizik
d. Kimia
e. Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut:
Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik &
Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan
Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Pengajian Agro
Teknologi /Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun /
Perdagangan / Ekonomi Asas / Pengetahuan Sains Sukan
Dan

ii. 30 markah daripada 3 mata pelajaran TERBAIK SPM lain yang diambil

b. CARA KAEDAH PENYEDIAAN PENGIRAAN MERIT ( ALIRAN SASTERA)

Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sastera seperti berikut :
i. 90 markah dari 5 mata pelajaran UTAMA berikut :-
a. Bahasa Melayu
b. Matematik
c. Sains
d. Sejarah
a. Pendidikan Islam / Pendidikan Al–Quran dan As-Sunnah / Pendidikan
Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral ;
Dan

ii. 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.






CARA KAEDAH PENGIRAAN MERIT SEBENAR ( ALIRAN SAINS )

Contohnya pelajar spm tu dapat keputusan dlm 9 subjek mcm ni:

1. BAHASA MALAYSIA B+ ( 12 MARKAH)
2 BAHASA INGGERIS B+ ( 12 MARKAH)
3. PENDIDIKAN ISLAM B+ ( 12 MARKAH)
4. SEJARAH C+ ( 8 MARKAH)
5. MATEMATIK A ( 16 MARKAH)
6. MATEMATIK TAMBAHAN A ( 16 MARKAH)
7. FIZIK A (16 MARKAH)
8. KIMIA A (16 MARKAH)
9. BIOLOGI A (16 MARKAH)

Pengiraan Markah Akademik 5 Mata Pelajaran Utama (Aliran Sains)
Matematik + Matematik Tambahan + Fizik + Kimia + Biologi = 80MARKAH


Pengiraan Markah Akedemik 3 Mata Pelajaran Terbaik SPM anda ( Aliran Sains)
Bahasa Melayu + Bahasa Inggeris + Pendidikan Islam = 36 MARKAH
Kemudian perlu kira macam ni

Markah 5 MATA PELAJARAN UTAMA = 80 MARKAH x 90 ÷ 90 = 80

Markah 3 MATA PELAJARAN TERBAIK = 36 MARKAH x 30 ÷ 54 = 20

Jumlah Markah Merit = 80 + 20 = 100

Kemudian kena darab 90 dan bahagi 120 macam ni -->> 100 x 90 ÷ 120 = 75



Jika Calon Mendapat :
i. Markah Akademik = 75
ii. Andaikan Markah Kokurikulum dapat = 8

Jumlah Markah Merit = Markah Akademik + Markah Kokurikulum
= 75 + 8
= 83 MERIT

JUMLAH KESULURUHAN PENGIRAAN MERIT UNTUK ALIRAN SAINS IALAH = 83
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



CARA KAEDAH PENGIRAAN MERIT SEBENAR ( ALIRAN SASTERA )

Contoh pelajat SPM tu dapat 9 mata pelajaran macam ni..

Bahasa Melayu A+ ( 18 MARKAH)
Bahasa Inggeris A+ ( 18MARKAH)
Pengetahuan Moral B+ ( 12 MARKAH)
Sejarah C+ ( 8 MARKAH)
Matematik B ( 10 MARKAH)
Sains B ( 10 MARKAH)
Perdagangan C+ ( 8 MARKAH)
Ekonomi Asas C ( 6 MARKAH)
Ekonomi Rumah Tangga A ( 16 MARKAH)

Pengiraan Markah Akademik 5 Mata Pelajaran Utama (Aliran Sastera)*orange
Bahasa Melayu + Pengetahuan Moral + Sejarah + Matematik + Sains = 58 MARKAH

Pengiraan Markah Akademik 3 Mata Pelajaran Terbaik SPM (Aliran Sastera) *hijau
Bahasa Inggeris + Perdagangan + Ekonomi Rumah Tangga = 42 MARKAH


Kemudian perlu kira macam ni

Markah 5 MATA PELAJARAN UTAMA = 58 MARKAH x 90 ÷ 90 = 58

Markah 3 MATA PELAJARAN TERBAIK = 42 MARKAH x 30 ÷ 54 = 23.3

Jumlah Markah Merit = 58 + 23.3 81.3

Kemudian kena darab 90 dan bahagi 120 macam ni -->>;81.3 x 90 ÷ 120 = 60.9


Jika Calon Mendapat :
i. Markah Akademik = 60.9
ii. Andaikan Markah Kokurikulum dapat = 7

Jumlah Markah Merit = Markah Akademik + Markah Kokurikulum
= 60.9 + 7
= 67.9 MERIT

JUMLAH KESULURUHAN PENGIRAAN MERIT UNTUK ALIRAN SASTERA IALAH = 67.9

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom main churpchurp bersama.. Sila Tekan