Friday 20 January 2012

MSU rai graduan sulung MBBS


MAJLIS Konvokesyen ke-10 Management & Science Universitu (MSU) di kampus Shah Alam, Selangor, baru-baru ini melakar kenangan manis apabila disempurnakan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah selaku Canselor.
Lebih bermakna apabila tujuh pasangan graduan suami isteri dari program Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) menerima skrol, membuktikan kemampuan MSU melahirkan graduan sulung daripada program itu yang ditawarkan
di International Medical School (IMS), Bangalore, India.


Presiden MSU, Profesor Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid, berkata kejayaan itu mengukuhkan nama MSU
di persada dunia pendidikan negara selain membantu melaksanakan usaha pelbagai pihak melahirkan golongan kerjaya profesional, bertauliah dan berkepakaran.
Beliau berkata, kejayaan itu menjadikan MSU semakin optimis terutama selepas IMS turut menjadi sekolah perubatan pertama menerima akreditasi lima tahun daripada Malaysian Medical Council (MMC).

“Dengan pengiktirafan itu, MSU semakin yakin melahirkan graduan yang mampu memenuhi pasaran kerjaya malah mempunyai ciri kepemimpinan dan nilai kredibiliti diri.

“Ia juga satu lonjakan kepada MSU untuk meneroka dunia global dengan pemantapan program pengajiannya sekali gus membantu negara melahirkan barisan generasi ilmu di masa depan,” katanya.

Seramai 674 graduan diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana menerima skrol masing-masing dalam 37 bidang pengajian termasuk 118 graduan sulung bagi enam bidang pengajian iaitu Bachelor in Medicine and Bachelor in Surgery (MBBS), Diploma in Nursing, Diploma in Event Management, Diploma in Graphic Design dan Diploma in Retail Management.

Daripada jumlah itu, 25 graduan cemerlang menerima anugerah khas.

Anugerah Pingat Emas Canselor dianugerahkan kepada Muhammad Fairuz Shah Abd Karim dari program MBBS.

Anugerah Presiden pula kepada graduan Bachelor in International Bussines, Muhamad Azrul Azman dan Nurhandayani Tugiran dari Bachelor in Medical Sciences.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom main churpchurp bersama.. Sila Tekan