menerusi researgh yang dibuat la. aku pon xbrapa pasti, tapi boleh dijamin la research aku ni.aku jangkakan beberapa pertumbuhan positif dalam industri yang sentiasa merubah dunia termasuklah :
1. Pencetak kompak
Salah satunya, kita akan lihat beberapa model pencetak foto kompak yang dibina khusus bagi cetakan dari iPhone, iPad dan telefon pintar serta tablet lain.
IPAD dan IPHONE... canggih....
IPAD dan IPHONE... canggih....
2. Ultrabook
Laptop jenis ultrabook dibangunkan dengan ketebalan minimum akan dijangka menguasai pasaran apabila ia mula diperkenalkan pada suku terakhir tahun lalu walaupun harganya masih mahal dan kami jangkakan kos pemilikannya akan berkurang menjelang suku ketiga tahun ini.
Pada masa sama, Apple dijangka memasuki kategori laptop nipis terbabit dengan Macbook wajah baru. Besar kemungkinan model MacBook Air dengan spesifikasi baru.
Persaingan juga dijangka bertambah apabila Microsoft bakal mengeluarkan sistem operasi Windows 8 yang boleh mampu melonjakkan pasaran ultrabook pada 2012.
Apabila menyebut mengenai harga ultrabook yang rata-rata masih melebihi RM3,000, it@Metro menjangkakan nilainya akan jatuh hingga 30 peratus bergantung kepada permintaan pengguna pada suku kedua nanti.
ULTRABOOK... cukup nipis..
3. Pemacu optik
Berikutan pengeluaran ultrabook, kita akan melihat pengurangan pemacu optik yang bakal hilang terus dari rekaan laptop disebabkan inisiatif ultrabook yang dibawakan syarikat pemprosesan Intel terbabit.
Kebanyakan vendor akan mula menyedari keutamaan pengguna berada dalam kehidupan yang lebih mementingkan jangka hayat bateri, rekaan yang lebih ringan dan banyak lagi sistem berkuasa tinggi.
Semuanya hanya boleh dicapai dengan ‘mengorbankan’ komponen dalaman yang difikirkan tidak lagi releven.
4. Skrin sentuh pada notebook
Skrin sentuh pada desktop dan notebook akhirnya akan bermula pada 2012 walaupun beberapa model sudah dikeluarkan sebelum ini.
Sekali lagi, ia akan dipacu sistem operasi berorientasikan Microsoft Windows 8 yang dikhabarkan mesra skrin sentuh, malah pengguna biasa akhirnya akan mempunyai pilihan untuk menggunakan skrin sentuh serta menyepadukannya dengan telefon anda.
5. Facebook
Facebook menetapkan sasaran untuk mencapai satu bilion pengguna menjelang 2012.
Hampir 700 juta pengguna menggunakan laman sosial facebook di seluruh dunia sekarang dan angka itu dijangka terus meningkat pada tahun ini.
Menurut statistik laman analisis Sosial Bakers, pertumbuhan terpantas dikhabarkan akan datang dari Brazil terutama selepas negara Amerika Latin terbabit mencatat peningkatan hingga 1.9 juta pengguna pada Mei tahun lalu.
6. Pemacu flash
Satu lagi tarikan 2012 tertumpu kepada sistem setoran berasaskan ‘flash’ yang berkait rapat dengan hukum fizik Moore.
Ramai penyelidik membuat kesimpulan perkakasan Solid State Drive (SSD) akhirnya akan memecah masuk industri perkomputeran yang masih berharga tinggi.
Kami menjangkakan, 2012 bakal menyaksikan kos suntuk kapasiti akan kurang kira-kira RM3 bagi setiap 1GB di pasaran.
7. Telefon pintar
Peranti mudah alih terbabit akan terus diperkatakan setiap tahun dan ia masih menjadi topik hangat dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
Pada 2012, penganalisis Internet, Morgan Stanley berkata beliau menjangka jualan telefon pintar akan mengatasi jualan PC dengan lebih daripada 450 juta unit yang bakal dijual.
Malah, ia bakal bertambah pada 2013 apabila jualan telefon pintar akan menghampiri 650 juta unit disokong penggunaan laman rangkaian sosial serta stream video.
8. iPad
Ramai penganalisis menganggarkan jualan iPad akan mencecah 16.5 juta unit pada 2012 saja, satu angka yang lebih baik berbanding 2010 dan 2011.
Sehingga kini, terdapat angka tidak rasmi menunjukkan Apple berjaya menjual 6.2 juta iPad pada 2010 dan 8.2 juta pada 2011.
9. Netbook dengan Linux
Agensi penyelidik ABI Research percaya 2012 akan menyaksikan kebangkitan semula netbook yang memasang sistem operasi berasaskan Linux.
Perubahan trend terbabit akan menyaksikan pemprosesan ARM dalam beberapa jenama netbook tidak lagi berasaskan format x86 dan secara tidak langsung tidak lagi menjalankan sistem operasi Windows XP, Vista atau Windows 7.
10. PS3
Konsol permainan terkemuka, Sony PS3 dianggarkan mampu mengatasi jualan Microsoft Xbox 360 pada nisbah 2:1 menjelang akhir 2012.
Ia disokong pendapat Penganalisis IDC Billly Pidgeon, yang mengunjurkan PS3 akan terjual sebanyak 107 juta unit di seluruh dunia mengatasi Nintendo Wii dan Xbox 360.
11. Projektor dalam telefon?
Ia seakan mustahil tapi berkemungkinan besar 50 juta projektor bakal dibina dalam telefon pada tahun ini.
Beberapa syarikat elektronik di seluruh dunia sudah mengumumkan rancangan untuk memasuki pasaran paparan mini dan tidak terkecuali tempiasnya akan terkena pada telefon.
12. Saluran HD
Tahun lalu menyaksikan beberapa saluran definisi tinggi (HD) diperkenalkan dan ia dijangka bertambah kepada 900 saluran di seluruh dunia menjelang 2012, malah di China saja sudah diwujudkan saluran HD berformat tiga dimensi (3D).
13. LTE
Agensi penyelidik, Juniper Research meramalkan jumlah pelanggan untuk rangkaian Evolusi Jangka Panjang (LTE) akan mencecah 24 juta pada 2012, hanya dua tahun selepas versi awal teknologi terbabit diuji.
LTE dijangka menjadi pengganti jangka panjang dalam industri jalur lebar mudah alih kerana ia menawarkan laluan migrasi dari teknologi 3G/HSPA yang sedia ada dengan lebih baik.
No comments:
Post a Comment