BEBERAPA laporan media antarabangsa mendakwa perpindahan penyerang Thiery
Henry secara pinjaman ke Arsenal akan direalisasikan dalam masa terdekat.
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger dilaporkan
berminat mendapatkan semula sentuhan pemain berusia 34 tahun itu kerana
bakal
kehilangan khidmat Gervinho dan Marouane Chamakh yang akan beraksi pada Piala
Negara-Negara Afrika pada Januari depan.
Henry tidak akan kembali ke Amerika Syarikat
(AS) sehingga Mac sama seperti yang dilakukan Landon Donovan yang dipinjamkan
ke Everton dari LA Galaxy.
Beliau menjaringkan 226 gol ketika lapan tahun
di Arsenal.
Bekas pemain Juventus itu meninggalkan Arsenal
untuk menyertai Barcelona pada 2007.
Sementara itu, bekas pemain pertahanan The
Gunners, Nigel Winterburn percaya kehadiran Henry mampu memperkukuhkan jentera
serangan pasukan itu.
"Saya
berharap agar segalanya berjalan dengan lancar. Ia satu kejutan untuk penyokong
Arsenal," katanya.
No comments:
Post a Comment