Kaye Stevens (kanan) dikenali sebagai penyanyi
dan pelakon.
THE VILLAGES, Florida: Penyanyi dan pelakon Kaye Stevens, 79, anggota
kumpulan Rat Pack dan pernah sering menjadi artis jemputan Johnny Carson's
"The Tonight Show," meninggal dunia di sebuah hospital di Florida.
Rakan karibnya, Gerry Schweitzer mengesahkan
Stevens meninggal dunia pada hari Rabu akibat kanser payudara dan darah beku.
Stevens yang menetap di Florida, merupakan
anggota Rat Pack termasuk Frank Sinatra, Dean Martin, Sammy Davis Jr. dan Joey
Bishop. Dia juga pernah menyanyi secara solo di beberapa tempat di Bandaraya
New York seperti Caesar's Palace di Las Vegas dan Hotel Plaza.
Sepanjang era Perang Vietnam, Stevens pernah
menyertai askar Amerika.
Menurut seorang sumber bernama Rhonda Glenn,
Stevens dilahirkan dengan nama Catherine Louise Stephens di Pittsburgh.
Kemudian, keluarganya berpindah ke Cleveland
dan zaman remaja Stevens bermula sebagai pemain drum dan penyanyi. Dia pernah
berkahwin dengan trumpet Tommy Amato dan pasangan ini pernah membuat
persembahan di timur Amerika Syarikat.
Selain menyanyi, Stevens juga berlakon filem
dan televisyen. Dia pernah muncul dalam enam buah filem dan mendapat pencalonan
di Golden Globe pada tahun 1964 bagi filem "The New Interns."
Dia juga sering muncul dalam beberapa game
show sebagai peserta selebriti termasuk "Days of Our Lives" dari
tahun 1974-79.
Sepanjang
dua dekad lalu, Stevens mula berkhidmat sebagai paderi dan menyebarkan Kristian
dan muzik patriotik. Dia juga membantu membina Gereja St. Vincent Catholic di
Margate. - AP
No comments:
Post a Comment