Friday 30 December 2011

Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2012



Para pelajar yang telah mendapatkan keputusan PMR 2011 dan ada membuat permohonan memasuki Tingkatan 4 2012 ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Teknik (SMT) atau Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dijangka akan boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online dalam masa terdekat ini.

Kolej Vokasional / Sekolah Menengah Teknik / Sekolah Menengah Vokasional
Sementara itu difahamkan terdapat para pelajar yang telah mula menerima panggilan telefon atau surat yang memaklumkan mereka telah berjaya mendapat tawaran samada ke KV, SMT atau SMV.

Semakan Permohonan KV SMT SMV

Rayuan

  • Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan.
  • Rayuan boleh dibuat terus kepada Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional yang berkenaan.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik / Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5031 / 5073.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom main churpchurp bersama.. Sila Tekan